Bahan-bahannya
2 cawan nasi
putih
1 biji bawang putih
2 biji
bawang merah ( boleh ganti dengan hirisan bawang besar)
1 sudu besar
rempah beriyani ( ros guna rempah beriya faiza)
2 sudu besar
minyak ( boleh diganti dengan minyak sapi) - untuk menumis
1 biji telur
3 sudu besar
mix vegetable
sedikit
bunga kobis
sedikit
hirisan kobis
sedikit
daging
sedikit
isi ayam
garam
lada sulah
( kuantiti, daging, ayam dan
sayur tu agak-agak je ye)- kalau nak masukkan daging sahaja pun boleh, dan
masukkan sahaja ape jua sayur kegemaran anda.Cara-caranya
1. Cincang halus bawang putih, bawang merah, kemudian daging dan isi ayam di potong kecil-kecil.
2. Kobis dan bunga kobis dihiris nipis, telur dikocak dengan garpu. Selepas itu, panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih dah bawang merah hingga naik bau, kemudian masukkan daging ayam dan daging, biarkan ia masak sebentar baru masukkan rempah beriyani, mix vegetable dan bunga kobis, kacau sebati.
3. ketepikan bahan sedikit dan masukkan telur tadi, ( di dalam kuali yang same), biarkan telur masak dan hancurkan. kacau sebati dan masukkan nasi dan hirisan kobis, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah. Kacau lagi. Angkat dah hidangkan panas-panas. Amat sesuai dihidangkan bersama papedem dan telur goreng dan sayuran yang lain. Selamat Mencuba.
Nota: JIka mahu tumis bersama kulit kayu manis dan bunga lawang pun boleh jugak, nasi goreng akan bertambah wangi, dan bagi menaikkan seri lagi, boleh masukkan hirisan capcicum merah dan hijau, dan tabur gajus serta bawang goreng di atas nasi goreng beriyani tadi.
Resepi ini diperolehi dari http//www.jintanmanis.com/. Saya syorkan anda semua melayari..... selamat mencuba.....