hehehehe... dan semua orang berdebar-debar untuk berkaraoke bagi orang first time berserta dengan darah gemuruh kerana takut terkeluar suara tak sedap ...... hehehehe bagi orang dah power berkaraoke tak saboi nak test suara..... heheheh kita tinggalkan pasal karaoke dulu.......
Hadiah yang menjadi rebutan di Unit saya |
Malam nie makanan malam telah diorder pada ' Katering Pak Ngah' nyum nyum nyum........ makanan sangat menyelerakan kelihatan diatas trill
entahlah kenapa gambar tak elok |
Nasi beriani tiada dalam gambar kerana terlupa ambik gambar....... Ayam masak merah , berlauk dalca, acar timun dan berulam tembikai (orang ganu panggil Timun cina) . tak lupa jugak desert .... kuih taco..... minuman simple jer air sirap....... kita orang makan kenyang.... nuym nyum
Lihatlah betapa banyaknyer makanan..... selain itu ada juga program tukar hadiah sesama kami semua...... syaratnyer hadiah mestilah berharga rm10 keatas...... hehehe betapa seronoknyer..... lihatlah betapa cantiknyer hadiah yang telah disusun ..... hehehehe.....
Semua orang telah selesai berkaraoke , sekarang semua orang berdebar-debar menunggu keputusan pertandingan berkaraoke. Juri kepada pertandingan ini adalah artis terkenal...... iaitu penyanyi kumpulan Q-face (wow jangan terkezut)......
Oklah keputusan yang ditunggu telah sampai..... Dibawah nie adalah pemenang yang bertuah......
pemenang tempat pertama |
pemenang tempat kedua |
Pemenang Tempat Ketiga |
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya yang sporting kerana menemani saya, dan tak lupa jugak kepada pegawai-pegawai yang turut memberi kerjasama yang terbaik punya...... tak lupa jugak kekawan-kawan satu unit...... yang terbaik punya.... luv u all......