Friday 11 March 2011

Kedai Mak Long - Seberang Takir ( Mihun Sup Seberang Takir)

Minggu ini adalah minggu  yang ditunggu oleh kami berdua kerana 'TIME BALIK KAMPUNG'. Kali ini kami balik kampung dengan misi yang penting....... untuk menguruskan perkahwinan majlis adik iparku.......( Wife dier orang Kelate). Disebabkan kesibukan itu, kami tak sempat masak...... Mak mentuaku mencadangkan satu tempat yang menjadi Favoritenyer....... Kedai nie terletak DiSeberang Takir.......(Kampung Baru..... Jgn ingat kat Kuala Lumpur jer ada kg Baru). Kedai ini dikenali sebagai ' Kedai mihun sup Seberang Takir'. Kami pergi dengan sebuah kereta, saya, Suamiku, mak mentuaku, kakak iparku dan anaknya, adik iparku (pengantin). Bila sampai jer kat kedai nie...... kami mengorder Nasi Minyak.......( orang KL panggil Nasi Hujan Panas)
kakak iparku mengorder Bihun Sup ( Kat Ganu dipanggil Mihun Sup) untuk anaknya yang tercinta. Hehehehe tiba-tiba saya pun rasa nak makan bihun sup jugak (dah rindu ngan Bihun Ganu) walaupun dah kenyang ..... apa lagi saya megordernyer.....  Semua orang terkezut......


 Apa lagi, dengan lafaz bismillah....... kami pun makan dengan penuh semangat, hehehehe......  Nasi Minyaknyer memang perg....... sedap..... rasa ayamnyer...sodap..... dan besar...... Manakala bihun sup di situ  memang sodap ......untuk mendapat tenaga bagi menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan...... hehehehehe..... sekarang dah pukul 11.30 mlm... time untuk menyambung kerja balik.....














No comments:

Post a Comment