Monday 28 February 2011

Catatan Pertama kami : Pau Yik Mun Di Tanjung Malim, Perak


Pau yang menjadi sebutan warga Perak.  Telah lama kami mendengar kehebatan, kelembutan dan kesodapannya…….  Membuat kami tertarik dan teruja……  untuk merasai, menikmatinya Pau yang menjadi kebanggaan orang Tanjung Malim.

Kebetulan kami berdua membuat trip ke Perak pada 26 Februari 2011(Sabtu) untuk menghadiri Majlis Kahwin member kami di Kampar, Perak ….. Kami bergerak dari Kampar pukul 3.00ptg (program asal ke Teluk Intan untuk melihat Menara Chondong). Entah cam mana tersalah ambil jalan. Mesyuarat gempak  telah dibuat dalam kereta . Kami berdua telah mengambil keputusan untuk pergi terus ke Tanjung Malim.

Jam dikereta kul 4.35ptg…….. Kami telah sampai ke Tanjung Malim….. apa lagi yang ditunggu …. Kami pun terjah kedai Pau Yik Mun dengan bantuan GPS (bagus jugak ada GPS nie byk membantu). Kami berdua gumbira kerana berjaya menjejak kaki di sini KEDAI PAU YIK MUN…… yang ditanggung Halal (walaupun Pau nama Cina).

Kami berdua duduk di meja, menunggu Waiters mengambil pesanan……. Suami ku memesan setiap satu pau yang ada di kedai itu….. iaitu Ayam, Daging, Sekaya dan Kacang Merah. Jangan lupa minuman pulak…  White coffe ice n Asam boi juice….. hehehehehe. Selang beberapa minit, apa yang di order telah terhidang di hadapan mata dengan Bismilah kami menikmati hidangan tersebut.

Komen : 
* Paunya tak selembut yang diperkatakan manakala intinya terlalu kering bagi daging. Manakala  inti Sekaya dan Kacang merah hanya biasa2 ajer dan yang paling sodap adalah inti ayam.
* Airnya  White Coffe Ice boleh tahan ….. manakala Asam Boi dia teramatlah masam plus masin (buah asam masin)
* Layanan Waiter pulak ….. boleh tahan ajer….. mesra jugak….. (tapi sayang diorang tak pakai uniform) nampak tak kemas…. (Waiter kedai nie ramai budak-budak Melayu)

Sebelum pulang,  kami membeli satu bungkus Pau Yik Mun  yang segera  tue  (didalam ada 10 biji pau) …… berinti ayam untuk bekalan kami berdua apabila kami memerlukan makanan yang senang dimasak……. Hehehehe…(Stok makanan dalam peti ais)


Pada Ahad malam, tiba-tiba suamiku mahu makan pau yang telah kami beli itu…… Saya telah mengukus Pau Yik Mun selama 10 minit….. Bau wangi Pau menbangkitkan nafsu makan kami berdua…… bersama-sama Tea ‘O’  panas kami menikmatinya. ( lupa nak ambil gambar)

Komen :
* Kami berdua terkezut dengan kelembutan, keenakan Pau yang dikukus sendiri. Ia teeerlalu lembut dan terasa nikmat pau itu……… Pau Yik Mun sangat Sodap…. Macam tak percaya……

Apa-apa pun ini adalah pendapat kami sahaja…….  Kami mencadangkan anda semua mencuba Pau ini  di kedai dan  mengukusnya sendiri dirumah. Anda pasti  bersetuju dengan pendapat kami ini.

Saturday 26 February 2011

Tentang Kami Berdua dengan Makanan

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.......

Salam perkenalan dari kami berdua, kami Man dan Nadia adalah peminat makanan....... telah banyak tempat yang kami redah untuk mencoba makanan yang sodap......  terutamanya di Terengganu (Kampung kami) dah seluruh Malaysia......


Sepanjang 5 tahun menetap di Kuala Lumpur telah banyak restoran atau kedai makan yang telah kami coba. Bermacam-macam pengalaman yang telah kami lalui ketika mengunjungi Kedai makan...... 
Dimana :
- Tersangat puas hati (sodap)
- Puas hati saja (boleh tahan)
- Ok ajer
- Hampeh
- Tak puas hati  langsung ( makanan mahal Gila dan tak sodap)

Cam mana ...... perkara macam nie selalu terjadi kepada kita semua....... yang tinggal di Bandaraya yang besar ini.......